SELAMAT MEYAMBUT BULAN RAMADHAN

"Selamat menjalankan ibadah puasa dari kami sioloon fan club . wsalam...."

Tuesday, September 1, 2009

My Fren Love u All

kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... kata aku, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku berkawan..!! If I dont get this back I understand... I have a game for you. Once you read this letter, you must send it to 14 people that you really care about, including the person that sent it to you. if you recieve at least 7 back then you are AMAZING walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga. kirim balik jika kamu anggap aku teman selamanya, kirim ke semua teman mu. lihat berapa banyak teman yg sayang kamu.... ;)

Saturday, August 29, 2009

Doctor?

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalahjagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampakhaiwan itu, dia akan lari lintang pukang keranamenyangka ayam akan memakannya.

Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa.Setelah beberapa bulan, doktorpunmelakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pastiapakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakahkamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Lelaki : Ya doktor.

Doktor : Siapa kamu sebenarnya.

Lelaki : Saya ini manusia doktor.

Doktor : Ya ke? Bukan jagung?

Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.

Doktor : Kamu takut dengan ayam?

Lelaki : Tidak doktor.

Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

Doktor : Apa dia?

Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.

Doktor : "??$$??"

Kembar ka?

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,

“Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Mary Sue

Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya.Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.

Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber.

Boss bangang

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".
0 Comments

Wednesday, August 26, 2009

About what?

hari demi ke hari... sekarang masuk dlm 4 hari sudah ramadhan
puasa tetap puasa... nafsu merokok tetap ada.. nafsu makan dan sebagainya
herm.. lum tido lagi after berjumpa dengan orang qazar interview untuk bawa berkenalan dan berkawan
ini semua gara2 xpandai bercakap english.. hahahaha u know it's malaysian country... perpaduan, community
but still use english version to talk any body... hahahhaha

huh.. ini la keadaan aku.. teda sepa tau.. hanya aku jak merasa merana sekarang.. tau mau share dgn siapa..
event aku pun sendiri banyak sembunyikan dgn semua...

kawan-kawan.. semua hapy jak.. aku pun tumpang.. cuma itu la org ckp.. lau ada benda yang di simpan.. hati pun nda terna... muka pun masam.. hahahha what should i do? what kind of many problem i have...
waaaaaa tension gila la...

fuh entah la.. keadaan aku makin teruk.. aku perlu usaha pada diri.. untuk kecapi kan segala impian yang aku kejar... tapi terlalu banyak anak tangga untuk aku menaiki impian yang bergitu tinggi... nvr mind la.. its can make me preasure if i think about that.. i just living it for many time to think back....

huh... project? apa project aku? adedededededede hari tu.. banyak da usaha untuk dapatkan tander.. tapi hangus seperti nasi di masak oleh nani.. hahahhahaha teda ba.., duit yang aku simpan untuk belanja study.. terbang mcm tu jak teda hasil... ne gara2 org atasan la ne... mcm give up aku... n that y la.. aku susah mo bergerak menggunakan kereta... duit? mana? duit? hahahaha senang jak org lain dpt duit.. kadang pandai jua aku cemburu pasal member-member beli makan.. tapi aku.. apakan daya.. hanya meggi jak.. untuk sahur.. huhuh itu lau di ruma.. lau di luar... nescafe ais jak... cukup la tu.. asal ada isi perut... waaaaa ngantuk gila... ne la gara2 intiview org antarabangsa ne.. biar la berkorban jak.. huhuhuhu eh lari suda cerita aku ne.. tu la pasal project tu... ingatkan dpt la.. lau dpt.. conform 10k di bank.. hahahhahah

nda apa.. balik lagi nnt.. aku usahakan lagi... heheheh aku ne dlam diam2 berisi.. memang berisi pun... ne gara2 ikut kawan yang di katakan sahabat... kekekekek

banyak aku spend time with nani.. huhuhu nani2... ko ka nini.. wkakaka suka aku buli dia plak.. n suka aku berkawan dgn dia.. heheheheh aku ne suka dgn org yang manja... senang di layan.. romantik katakan.. huhuhu semua yang manja aku layan.. wkakakakakak


wal hal pun... aku tetap dgn tension sembunyi aku... hati2 la... lau ada sesiapa yang buat silap.. aku makan tu.. suda la bulan posa time ne... hahahahahahahha... ngantuk suda.. jam pun kul 6.05am.... mau oooooii...oooooiii...ooooooiiii. dulu... nite.. blog... see u later...

Tuesday, August 25, 2009

Pontianak dulu-dulu

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, lukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak.. tu pasal muka aku berdarah terlanggar tembok batu tu.."